Kelas Fun Learning Cotton Sheep
15 Mei 2019 | Aktiviti TerkiniPada Selasa yang lalu, PI Kg Taee telah mengadakan Kelas Fun Learning Cotton Sheep. Para pelajar dibahagikan kepada kumpulan dimana ada 3 orang pelajar dalam setiap kumpulan. Kelas kali ini pelajar diarahkan untuk membuat Cotton Sheep mereka di dalam kertas manila mengikut kreativiti masing – masing. Mereka diajar membuat cotton sheep dengan melihat lakaran yang tertera di screen. Seramai 27 orang pelajar yang hadir ke kelas ini terdiri daripada pelajar SK St. John Taee.
Antara tujuan utama kelas ini ialah mendedahkan pelajar tentang kreativiti belajar sesuatu yang baru. Selain itu, mengajar para pelajar tentang kebaikan dan keburukan penggunaan internet masa kini (advokasi). Mengajar para pelajar supaya mampu mengeluarkan idea mereka dengan tugasan yang diberi.
Kebaikan dan kelebihan yang diperolehi mengikuti kelas ini ialah pelajar dapat mempelajari kraf di internet secara mudah dan ringkas. Selain itu, memanfaatkan masa pelajar selain daripada online, terdapat pelbagai pembelajara yang boleh diperolehi. Para pelajar akan menjadi lebih kreatif dan mereka boleh belajar secara interaktif.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: